Foccacia Smoked Salmon

Ramuan / Bahan

1 kg tepung roti
20 gm yis
15 gm garam
60 gm gula
4 gm oregano
4 gm rosemary 2 gm serbuk lada hitam
60 gm lemak sayuran
600 gm air
7 gm bahan penaik roti
Smoke salmon

Cara-cara

Dalam cara membuat roti, campurkan kesemua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk adunan. Putarkan selama satu minit dengan kelajuan perlahan supaya ia sebati.

Masukkan air, kacau untuk tiga minit diikuti dengan lemak sayuran.

Jika adunan kelihatan kering atau keras, tambahkan air.
Putarkan untuk lapan minit sehingga adunan menjadi mesra.

Potong adunan dengan anggaran 100 gm setiap ketul. Bulatkan adunan menjadi bebola dan tutup dengan kain lembap selama 10 minit.

Gunakan penggelek dan bentukkan canaian dengan ketebalan 6 mm dan panjang 12 cm.

Susun di atas dulang pembakar, biarkan di tempat tertutup selama 1/2 jam.

Bakar pada suhu 200 darjah Celsius selama 12 hingga 15 minit.

Bagi cara membuat Foccacia Smoked Salmon pula, potong roti yang dibakar kepada dua bahagian. kemudian potong bahagian dalam roti supaya menjadi seperti poket.

Sapukan bahagian dalam dengan sandwich spread, lapik dengan daun salad, taburkan bawang yang dicincang halus dan hirisan tomato.

Letakkan dua hirisan salmon, dan ulanginya. Taburkan keju mozarella. Himpitkan ia dengan pembakar roti dalam suhu 200 darjah Celsius selama satu minit.

Sedia untuk dihidangkan.