Cream Puff

Ramuan / Bahan

155 g tepung gandum
125 g marjerin
1 sudu teh gula pasir
3 biji telur (dipukul)
½ cawan air Untuk intinya:
90 g gula aising ]
90 g marjerin ] dipukul
1 biji putih telur]

Cara-cara

Marjerin, gula dan air dimasak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau rata-rata, kemudian masukkan telur kacau supaya tidak bergentel. Ambil 1 sudu besar adunan tepung dan letakkan ke atas dulang pembakar yang telah disapu minyak. Bakar hingga masak kemudian disejukkan. Buatkan sedikit lubang masukkan 1 sudu teh intinya.