Kek Bijan

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
2 ½ cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula aising
1 cawan marjerin
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar tepung susu 1 sudu besar esen vanila
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil soda bikarbonat
9 biji telur

Bahan digoreng tanpa minyak:
1 cawan bijan
3 sudu besar bijan

Cara-cara

Pukul gula, mentega dan marjerin hingga betul-betul kembang. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Masukkan susu pekat dan susu tepung, gaul rata. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik diikuti satu cawan bijan sambil dikacau. Tuangkan dalam acuan yang bergris dan taburkan bijan sebanyak tiga sudu besar. Bakar dalam ketuhar yang sederhana panasnya selama 1 jam atau sehingga masak.