Bingkisan Cinta

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan pastri:
300 gm tepung serba guna
150 gm mentega
Sedikit garam
1 biji kuning telur
3-4 camca besar air sejuk
Manik urai secukupnya, untuk hiasan
2 camca besar jem - bahan inti Bahan-bahan inti :
2 camca besar madu
3 camca besar kelapa goreng
4 camca besar serbuk badam
3 camca besar manik urai
1 biji kuning telur, untuk disapu
1 biji putih telur, untuk disapu

Cara-cara

Gaul dan ramas tepung bersama mentega dan garam hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan telur dan kacau hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli tepung sebentar hingga menjadi doh. Bungkus doh dengan kertas kalis minyak dan sejukkan 20 minit. Untuk membuat intinya pula, gaul semua bahan inti hingga sebati. Bulat-bulatkan adunan sebesar ibu jari. Ketepikan. Canai adunan pastri yang disejukkan setebal 4 mm. Terap adunan menggunakan acuan bulat berukuran 5 cm. Letakkan inti pada tengah pastri dan sapu putih telur sekeliling pastri. Lipat dan cantum menjadi bungkusan segi tiga. Sapukan kuning telur dan tabur manik urai. Bakar pastri 20-25 minit pada suhu 180'C atau hingga pastri betul-betul masak.