Kek Berkat Pengantin

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
230 gm gula halus
210 gm tepung berserbuk penaik
20 gm serbuk krim kelapa
7 biji kuning telur
Ceri hijau untuk hiasan 5 biji putih telur
2 camca teh pes pandan
½ camca teh serbuk penaik
¼ camca teh sodium benzoate, supaya kek tahan lama
Cawan kek secukupnya

Cara-cara

Pukul pes pandan bersama mentega hingga rata. Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
Masukkan tepung berserbuk penaik dan serbuk krim kelapa. Pukul hingga rata ketepikan. Pukul putih telur bersama gula, serbuk penaik dan sodium benzoate hingga naik dan pekat. Masukkan adunan mentega. Gaul rata. Kemudian masukkan di dalam cawan kek. Bakar setengah jam menggunakan kepanansan 180 darjah. Apabila masak keluarkan dan hias ceri di atasnya.