Puding Tapai Ubi

Ramuan / Bahan

Sebungkus agar-agar
4 cawan air
3 helai daun pandan @ sedikit esen pandan
1 ½ cawan gula pasir
1 cawan santan pekat }
1 biji telur }dikacau + santan
pewarna hijau @ merah

2 bungkus@300gm tapai ubi
(di susun kecil-kecil atas bekas acuan)

Cara-cara

Masak agar-agar bersama 4 gelas air. masukkan sedikit esen pandan.
Setelah larut agar-agar, masukkan gula pasir, dan kacau perlahan sehingga larut gula.
Kemudian masukkan campuran santan dan telur serta sedikit pewarna hijau atau merah.

Setelah mendidih tuangkan ke atas bekas berisi tapai ubi.
Sejukkan di dalam peti selama 2 jam.