Puding Roti Istimewa

Ramuan / Bahan

10 keping roti
2 biji kelapa (jadikan 8 cawan santan)
1 peket agar-agar serbuk
1 cawan gula pasir 1 cawam milo
2 biji telur
sedikit esen vanila
sedikit garam

Cara-cara

Rendam roti dalam santan kemudian blander bersama telur dan esen vanila.
Di dalam periuk masukkan serbuk agar-agar,santan dan gula. Kacau ikut lawan jam sehingga agak pekat.Masukan roti yang di blander kacau sehingga sebati. Bagi 2 adunan satu bahagian yang dalam periuk masukkan milo. Kacau lagi sehingga milo tidak berketul.Akhir sekali tuang ke dalam loyang secara berselang. Sejukkan dahulu baru boleh dipotong dan dihidangkan.