Puding Roti Best

Ramuan / Bahan

5 keping roti
1 paket agar-agar
1 cawan susu cair
4 cawan air
1 cawan gula
2 biji telur
sedikit esen vanila
sedikit ceri cincang(untuk hiasan)

Cara-cara

1. Rendam roti dengan susu cair lebih kurang 5 minit.
2. Kisar roti yang telah direndam bersama telur.Jika terlalu pekat tambah sikit air dan ketepikan.
3. Masak agar-agar bersama air dan masukkan gula.
4. Biarkan agar-agar itu masak agak lama dan masukkan roti yang dikisar tadi bersama esen vanila.
5. Masukkan ke dalam acuan yang disukai dan taburkan ceri cincang diatasnya.
6. Sejukkan