Puding Roti Bakar

Ramuan / Bahan

1 bungkus roti keping(buang tepi dan
potong dadu
10 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
2 ketul gula melaka
1 kotak kismis/ikut suka
1 sudu teh perasa vanila

Cara-cara

1. masak/cairkan gula melaka di atas api dengan 1 cawan air hingga agak pekat.
2. masukkan susu cair, gula putih,telur dan vanila ke dalam pengisar dan kisar dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
3. tuangkan gula melaka ke dalam loyang.
4. dengan perlahan, tuangkan 1 inci tebal bancuhan telur ke dalam loyang gula melaka dan bakar sehingga masak.
4. keluarkan dari oven dan susun kepingan roti di atas puding.kemudian tabur kismis di atasnya.susun lagi kepingan roti untuk lapisan kedua dan tabur kismis lagi.setelah itu, tuangkan bancuhan telur sehingga habis/kepingan roti masah.biarkan mendap seketika.
5. masukkan semula puding ke dalam oven. bakar sehingga masak.