Kek Berempah

Ramuan / Bahan

275 gm mentega
275 gm gula halus
5 biji telur
275 gm tepung naik sendiri
5 ml halia tumbuk
5 ml kulit kayu manis (ditumbuk halus) 5 ml buah pala (ditumbuk halus)
1.25 ml bunga lawang (ditumbuk halus)
225 gm buah kurma (dibuang biji dan dicincang)
125 gm walnut
3 sudu teh susu cair

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula hingga lembut. Pukul telur sedikit dan masukkan ke adunan mentega dan gula dan pukul lagi. Ayak tepung dan bahan-bahan ditumbuk sekali. Masukkan buah kurma serta walnut. Campurkan ke dalam perlahan-lahan dan kacau. Masukkan ke dalam acuan yang disapu mentega dan bakar 45 minit.