Seri Kaya Pisang

Ramuan / Bahan

1 kg pisang berangan
500 gm gula melaka
3 cawan santan 10 biji telur
5 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan

Cara-cara

Pisang dibuang kulit dan dipotong kecil-kecil. Masukkan pisang ini ke dalam loyang dan dikukus hingga masak.

Satukan gula melaka, santan, bunga cengkih dan daun pandan. Mask hingga pekat. Angkat dan sejukkan.

Tuangkan santan dan bancuhan telur ke dalam loyang tadi hingga rata. Kemudian kukus lagi selama 20 minit.

Sejukkan sri kaya ini sebelum dipotong.