Rojak Roti Durian

Ramuan / Bahan

8 ulas durian kampung
8 keping roti puteh (white bread)
1000ml susu segar (penuh krim)
250ml air
1.5 suduteh penuh garam asli (sea salt)
6 sudumeja gula pasir kasar
3 helai daun pandan

Cara-cara

Panaskah 250ml air hingga mendidih dan masukkan durian dan daun pandan. Kacau dan biar empuk. Masukkan garam dan kacau rata. Masukkan susu dan gula dan kacau lagi. Kecilkan api an biar ia sangai selama 5 minit. Padan api dan sejukkanTiap2 keping roti di potong 4. Susun roti dalam mangkuk lebar dan agak dalam. Letakkan agak jarang-jarang supaya kuah dapat memenuhi ruang nanti. Tuangkan kuah durian sehingga roti semua tenggelam. Masukkan desert ini kedalam freezer dan sejukkan dan jangan sampai beku.