Pulut Durian Berendam Waterfalls

Ramuan / Bahan

Bahan untuk kuah:
1 biji durian
1 liter santan
50 gm bubur caca
Gula secukup rasa
1 ketul gula melaka
Secubit garam 250 gm pulut
500 ml santan
Secubit garam

Cara-cara

Kukus pulut dan santan dan campurkan sedikit garam. Masak gula melaka dengan air hingga larut dan kemudian tapis. Masak santan dan gula melaka yang telah ditapis. Sesuaikan rasa. Tambah gula jika perlu. Apabila telah mendidih, masukkan durian. Biarkan 10 hingga 15 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan pecah minyak. Masak air dan biarkan mendidih. Masukkan campuran bubur caca dan biarkan hingga kembang. Tapis dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan pulut ke dalam mangkuk. Taburkan bubur caca di keliling pulut dan tuangkan kuah durian.