Puding Ubi Kentang

Ramuan / Bahan

1 pek puding /agar-agar (perasa asli)
1 cawan ubi kentang
1 cawan susu cair/sejat F&N(warna biru)
2 cawan air
gula secukup rasa (1 sudu makan)
sedikit esen banana

Cara-cara

1. Ubi kentang direbus dan dilecek.
2. Masak agar-agar/puding bersama air hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan gula secukupnya.
4. Bila mendidih, perlahankan api dan kemudian masukkan 1 cawan ubi kentang yang dilecek tadi.
5. Biar mendidih lagi dengan api sederhana.
6. Kemudian tapis supaya ubi kentang nampak halus dalam puding.
7. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.
8. Lepas beku, bolehlah dihidangkan.