KEK BATU BERENDAM

Ramuan / Bahan

16oz mentega
2 cawan gula halus
10 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin sederhana serikaya
1 peket red dates
3 sudu kecil nescafe
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara-cara

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu-persatu sehingga habis. Kemudian masukkan susu pekat dan serikaya. Kacau sehingga rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan nescafe dan red dates. Sebahagian lagi dimasukkan warna hijau. Alas loyang menggunakan kertas minyak dan kukus adunan selapis demi selapis sehingga adunan habis.
SELAMAT MENCUBA! SEDAP TAU.....