Puding Tembikai Susu

Ramuan / Bahan

20 gm agar-agar
1 liter susu cair
200 gm gula
500 gm jus tembikai susu 2 helai daun pandan
500 ml air
Sedikit cendol
Sedikit parutan agar-agar merah

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air sehingga mendidih & hancur. Setelah mendidih campurkan susu cair, gula, jus tembikai susu & daun pandan. Setelah masak, padamkan api. Masukkan cendol & parutan agar-agar. Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai. Biarkan sejuk, angkat & hidangkan.