Puding Telur Mama

Ramuan / Bahan

1 tin susu pekat manis
1 tin telur
1 tin air

Cara-cara

1. Tuangkan 1 tin susu pekat manis ke dalam bekas adunan.
2. Masukkan telur ke dalam tin susu pekat manis tadi sehingga penuh dan tuangkan ke dalam bekas adunan.
3. Masukkan 1 tin air ke dalam bekas adunan tadi.**Anda boleh tambah sedikit jika perlu.
4. Pukul adunan sehingga sebati.Pastikan telur kembang.
5. Tuangkan ke dalam acuan.
6. Kukus adunan selama 20 minit.Kemudian bolehlah hidangkan.