Puding Telur

Ramuan / Bahan

5 biji telur
1 tin susu cair
½ tin air suam 1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar esen vanila
Mentega untuk disapu

Cara-cara

Gula dan telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan susu, air suam dan esen vanila. Setelah itu tapis.

Sesudah itu tuangkan ke dalam bekas yang boleh dikukus. Sebelum itu sapukan dulu bekas tersebut dengan mentega.

Kukus selama 20 minit, kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan