Puding Tauhu Buah

Ramuan / Bahan

15 gm agar-agar
10 cawan air
150 gm gula pasir 1 tin susu cair
1 tin longan

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air hingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula dan kacau lagi. Apabila gula larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Angkat dan tuang adunan ke dalam acuan dan biar beku. Kemudian hias agar-agar di dalam bekas dan hidangkan bersama longan atau buah-buahan mengikut suka.