Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Puding Susu Buah

Ramuan / Bahan

1 bungkus agar-agar
2 biji telur
1 tin koktel buah-buahan
½ tin besar susu cair 4 cawan air
1 cawan gula
2 camca besar tepung kastard

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. Masukkan susu. Kacau rata. Tapis. Pukul telur hingga kembang. Masukkan tepung kastard. Gaul rata dan tuangkan ke dalam agar-agar. Masak semula agar-agar menggunakan api sederhana. Masukkan koktel buah-buahan. Kacau hingga mendidih. Apabila sudah masak dan pekat, masukkan ke dalam acuan. Bekukan.