Puding Siti Sarah

Ramuan / Bahan

50 gm agar-agar
500 gm gula pasir
1 liter air 3 jenis pewarna
1 cawan susu cair

Cara-cara

Rebus agar-agar bersama gula dan tapiskan.

Bahagikan kepada empat bahagian. Tiga bahagian dicampurkan pewarna, manakala satu bahagian lagi dicampurkan susu cair.

Tuangkan tiga bahagian itu ke dalam acuan berbeza dan biarkan ia keras.

Sementara itu, panaskan bahagian yang dicampurkan susu cair.

Apabila mendidih, tutupkan api dan tuangkan dalam acuan.

Potong kecil tiga bahagian berwarna tadi dan taburkan ke dalam agar-agar bersusu cair.

Biarkan ia sejuk dan hidangkan.