Puding Seribu Lapis

Ramuan / Bahan

60 gm bayam (diracik)
30 gm fatt choi (direndam)
100 gm pes ikan
100 gm pes udang 20 gm stok tom yam
20 gm rempah kari ikan
3 keping roti putih
300 ml minyak

Cara-cara

Masukkan bayam, seamoss, pes ikan dan pes udang bersama stok tom yam dan serbuk kari. Gaul hingga sebati.

Lapiskan bahan-bahan tadi dengan kepingan roti selapis demi selapis seperti membuat sandwic.

Kemudian tutupkan ia dengan kertas minyak supaya tidak lembik apabila dikukus.

Kukus seminit hingga masak. Setelah masak, angkat dan potong dalam bentuk jejari.

Kemudian panaskan minyak dan goreng pada api sederhana. Angkat setelah ia kuning keemasan. Hidangkan.