Puding Semolina

Ramuan / Bahan

1 bungkus agar-agar
1.4 liter air
½ tin susu pekat 6 camca besar semolina
Sedikit pewarna kuning
Sedikit agar-agar biasa untuk diwarnakan dan dijadikan hiasan.

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air hingga larut.

Kemudian masukkan tepung semolina dan susu pekat. Kacau rata.

Masukkan sedikit pewarna kuning. Kacau lagi.

Apabila sudah masak, tuangkan ke dalam acuan berbentuk empat segi dan hiaskan dengan agar agar biasa yang telah diwarnakan tadi.