Ramuan / Bahan

1 bungkus agar-agar dibahagi 3 -ambil 1 bahagian sahaja
4 cawan (mangkuk bersaiz sederhana) air
4 cawan (mangkuk bersaiz sederhana) santan - guna santan pekat jika ingin rasa lebih lemak
1 tin susu pekat manis - ikut kesesuaian tahap kemanisan anda
1 tin laici - untuk hiasan

Cara-cara

1. rebus agar-agas dengan air hingga hancur
2. campurkan santan dan susu pekat dalam bekas lain dan dikacau hingga sebati
3 apabila agar-agar telah hancur, masukkan campuran santan-susu tadi.
4. kecilkan api dapur dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan dari "pecah-santan"
5. Bila telah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan kedalam acuan/ bekas kecil dan sejukkan.
6. setelah agar-agar beku, letakkan laici bersama airnya ke atas agar-agar tadi dan sejukkan ke dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.
7. selamat mencuba.