Puding Sagu

Ramuan / Bahan

ΒΌ camca teh garam
2/3 cawan santan pekat
315 gm sagu (dicuci dan ditoskan)
Air untuk meliputi sagu 1 cawan gula Melaka ]
1 cawan air ] dicampurkan
2 helai daun pandan ]

Cara-cara

Larutkan garam di dalam santan dan sejukkan. Satukan sagu dengan air. Didihkan hingga sagu menjadi jernih. Angkat dari api dan toskan. Bilas dengan air yang mengalir untuk membuangkan kanjinya yang berlebihan. Selepas 1 minit, toskan sagu itu betul-betul. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan yang telah dibilas dengan air dan masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Didihkan campuran gula Melaka dan daun pandan. Renehkan di atas api yang kecil hingga gulanya hancur, sambil mengacaunya selalu. Biarkan sirapnya menjadi pekat, angkat, tapis dan sejukkan. Keluarkan puding sagu ke dalam pinggan atau mangkuk kuih. Hidangkan bersama santan sejuk dan sirap gula Melaka.