Puding Roti Yogurt

Ramuan / Bahan

120 gm roti(4 keping) - untuk 4 orang makan.

1/3 cawan kismis

4 biji telur 1 @ 1 ½ gula atau secukup rasa

150gm yogurt ( boleh didapati seperti yogurt nestle.sesuka perisa cth perisa aprikot)

ceri merah jika suka.

sedikit mentega atau marjerin

Cara-cara

panaskan ketuhar hingga 180 c.
lenser bekas mangkuk pai muatan 3 cawan.
potong tepi kulit roti. sapu mentega ke atas roti dan potong dadu. susun separuh daripada roti didalam mangkuk pai. tabur kismis di atasnya. ulangi proses dengan baki roti dan kismis.
pukul telur dan gula sehingga sebati . masukkan yogurt.sendukkan ke atas roti dan biarkan selama 30 minit.letak mangkuk kedalam dulang pembakar.tuang air panas kedalam dulang tidak melebihi 2cm dari bahagian atas mangkuk pai.bakar selama 40 minit atau tidak melekat pada pisau apabila dicucuk.angkat puding dan sejukkan.