Puding Roti Serbuk Pala

Ramuan / Bahan

3 keping roti sandwich (dicarik-carikkan)
2 biji telur
100 gm gula pasir 150 gm susu cair
50 gm kismis
1 sudu teh serbuk buah pala

Cara-cara

Susun carikkan roti ke dalam acuan. Pukul telur bersama susu, buah pala dan gula hingga kembang, kemudian tuangkan ke atas susunan roti di dalam acuan. Taburkan biji kismis dan bakar pada suhu 350'c selama 20 minit. Angkat dan hidangkan bersama kopi untuk minum petang.