Puding Roti Mentega

Ramuan / Bahan

4 keping roti (disapu mentega)
75 gm campuran buah-buahan kering
450 ml susu segar 3 biji telur
25 gm gula
Sedikit serbuk pala

Cara-cara

Atur roti dan buah-buahan di dalam loyang atau mangkuk segi empat.

Panaskan susu di atas api sederhana tetapi jangan sampai mendidih.

Pukul telur dan gula sampai kembang.

Masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau sebati.

Tuangkan bancuhan ke atas susunan roti dan tabur sedikit serbuk pala. Biarkan selama 15 minit supaya roti agak kembang sedikit.

Bakar di dalam ketuhar selama 20 hingga 30 minit pada suhu 180 darjah Celcius.