Puding Roti Lapis Madura

Ramuan / Bahan

25 gm agar-agar (1 peket)
1 tin susu cair
300 gm gula / secukup rasa
1 pek kepingan masam manis
1 bungkus roti pek besar 1 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar tepung kastard
Pewarna (ikut suka)
6-7 cawan air

Cara-cara

Potong keliling roti agar menjadi kepingan putih sahaja. Cairkan tepung kastard, pukul telur hingga kembang, leraikan kepingan masam manis & ketepikan. Masak agar-agar dengan air, masukkan gula hingga hancur. Masukkan 3/4 susu cair, kastard & telur tadi. Masukkan pewarna, kacau & kecilkan suhu pemanas. Masukkan sedikit larutan ini dalam bekas 2 cm tinggi, biarkan beku. Setelah sejuk keluarkan dengan garfu, susun roti atas permukaan bekas tersebut. Tuangkan lagi larutan agar-agar hingga menyerap ke dalam lapisan roti tadi. Susun kepingan masam manis & ulangi proses ini (3 lapisan). Dinginkan dalam peti sejuk agar mudah untuk dihidangkan.