Puding Roti Dan Mentega

Ramuan / Bahan

4 keping roti, disapu mentega
75 g campuran buah-buahan kering
450 ml susu segar
3 biji telur 25 g gula
Sedikit serbuk pala
Aiskrim vanila, jika suka

Cara-cara

Atur roti dan buah-buahan di dalam loyang atau mangkuk segi empat. Panaskan susu di atas api sederhana tetapi jangan sampai mendidih. Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau sebati. Tuangkan bancuhan ke atas susunan roti dan tabur serbuk pala. Biarkan 15 minit supaya roti agak kembang sedikit. Bakar di dalam ketuhar 20-30 minit pada suhu 180'C. Boleh dihidangkan bersama aiskrim atau dimakan begitu sahaja.