Puding Roti Bersos Vanilla

Ramuan / Bahan

15 biji croissant (dipotong dadu)
1 liter krim
250 g gula
8 biji telur
2 biji kuning telur Bahan untuk sos vanilla:

½ liter krim segar
½ liter susu segar
90 gm gula (dibahagi dua)
12 biji kuning telur

Cara-cara

Griskan loyang dengan mentega kemudian alaskan dengan kertas grid. Masukkan croissant yang dipotong dadu sehingga penuh loyang.

Satukan krim, gula, telur dan kuning telur di dalam mangkuk pengadun. Kacau sehingga sebati sebelum dituangkan ke dalam loyang yang berisi croissant kemudian biarkan selama setengah jam.

Bakar dalam ketuhar antara 40 minit sehingga sejam pada suhu 180 darjah Celsius dengan menggunakan kaedah double boiler, iaitu dengan meletakkan loyang berisi croissant ke atas dulang pembakar berisi air.

Untuk membuat sos, masukkan krim segar,susu serta satu bahagian gula ke dalam periuk kemudian jerang di atas api yang sederhana sehingga mendidih.

Kuning telur dipukul bersama-sama satu bahagian lagi gula sebelum dimasukkan ke dalam adunan krim segar tadi. Kacau sehingga rata dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum didinginkan di dalam peti sejuk.

Untuk menghidang, potong puding kemudian tuangkan sos vanilla ke atasnya.