Kek Batik Biskut Marrie

Ramuan / Bahan

½ kilo biskut marrie yg besar
1 buku butter cup ( 250gm )
1 cawan gula aising
2 biji telor
suku tin susu F&N pekat
5 sudu besar milo
5 sudu besar serbuk koko
sedikit air

Cara-cara

pukul butter bersama gula terlebih dahulu. kemudian masukkan 2 biji telor dan kacau. masukkan suku tin susu,5 sudu besar milo,5 sudu besar serbuk koko. kacau sehingga rata. akhir skali masukkan sedikit air dan masak bahan2 td di atas api yg kecil.
masak hingga hitam dan kelihatan seperti pecah minyak. padam api dan masukkan biskut marrie. tuang ke dalam bekas sikit demi sedikit sambil mampatkan ia.