Puding Roti Berkastad

Ramuan / Bahan

2 liter susu segar
200 gm gula kastor
100 gm tepung kastad LADY'S CHOICE
20 biji telur 4 buku roti sandwich-dipotong kiub
200 gm kismis
200 gm badam-dihiris halus

Cara-cara

Masak susu, gula dan tepung kastad hingga gula larut. Sejukkan. Campurkan adunan susu tadi ke dalam bekas berisi telur yang telah dipukul sederhana. Kacau rata. Setelah sebati, tapis dan tuangkan ke dalam acuan yang berisi roti, kismis dan badam. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama 45 minit. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.