Puding Roti

Ramuan / Bahan

10 keping roti
3 cawan susu
2 biji telur
½ cawan gula
¼ sudu teh garam ¼ sudu teh serbuk kayu manis
¼ sudu teh serbuk buah pala
½ cawan anggur kering
30 gm mentega cair
30 gm madu lebah

Cara-cara

Buangkan bahagian roti yang berwarna perang, rendam di dalam susu selama 10 minit. Pukul telur bersama-sama gula, madu lebah, serbuk kayu manis, garam, serbuk buah pala sehingga sebati dan masukkan anggur kering. Sapukan mentega cair di dalam loyang. Susun roti di dalam loyang dan tuangkan campuran telur ke atas roti. Tutupkan loyang. Panaskan kukusan / ketuhar sehingga 120C. Masukkan puding roti selama 2 jam. Keluarkan dari loyang dan hidangkan.