Puding Ros Laici

Ramuan / Bahan

25 gm agar-agar
1 biji kelapa (diambil santannya)
½ kg gula
3 biji telur (dipukul)
2 sudu besar tepung kastard 1 tin buah laici (dicincang)
5 cawan air
1 helai daun pandan
Pewarna ikut suka

Cara-cara

Agar-agar dimasak dengan 5 cawan air. Masukkan daun pandan untuk mewangikannya.

Apabila air telah mendidih, masukkan gula dan biarkan ia larut. Kacau selalu.

Masukkan tepung kastard berserta santan dan telur dan buah laici apabila agar-agar pekat. Kacau hingga sebati.

Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna merah, kuning dan hijau.

Masukkan ke dalam acuan yang disukai. Biarkan ia beku dan sejukkan sebelum dihidang.