Puding Rindu Bayangan

Ramuan / Bahan

1 peket agar-agar
1 cawan gula
1 tin koktail campuran
1 tin laici (buah laici dipotong dadu)

3 sudu tepung kastad
1 paket sumi (warna-warni dipotong dadu)
½ tin susu cair


Cara-cara

Masak agar-agar bersama gula,setelah agar-agar hancur bahagikan kepada 3 bahagian untuk membuat tiga lapisan.
Bahagian pertama untuk lapisan bawah masukkan susu cair yang dimasak bersama agar-agar dan kemudin masukkan sumi yang dipotong dadu dan biarkan ianya keras sedikit.
Kemudian masukkan tepung kastad untuk lapisan tengah.
Akhir sekali masukkan koktail, air laici dan buah laici yang dipotong dadu untuk membuat lapisan atas.
Setelah siap biarkan ia betul-betul sejuk dan keras untuk mengelakkan daripada lapisan itu pecah.