Puding Ratna Sari

Ramuan / Bahan

Bahan A:
40 gm agar-agar
10 cawan air
1 ΒΌ cawan gula

Bahan B:
1 cawan susu cair Sedikit pewarna coklat, biru, ungu, oren, hijau, kuning dan merah
1 sudu kecil perasa anggur
1 sudu kecil perasa laici
1 sudu kecil perasa pandan
1 sudu kecil perasa stawberi

Cara-cara

Masak bahan A hingga kesemua bahan hancur dan jernih. Ambil sesenduk adunan masukkan sedikit pewarna oren, kacau rata, tuangkan di dalam loyang dan biar keras sedikit. Ambil lagi sesenduk adunan, warnakan ikut suka dan campurkan sedikit perasa. Kacau rata, tuangkan di atas lapisan tadi. Ulangi proses yang sama sehingga menjadi 14 lapisan. Sejukkan, hias dan hidangkan.