Puding Prun

Ramuan / Bahan

1 bungkus agar-agar
1.4 liter air
200 gm gula kasar
1 tin besar susu cair 3 camca besar tepung kastard
200 gm prun tanpa biji dikisar kasar
1 tin pic untuk hiasan
Prun sebiji-sebiji untuk hiasan

Cara-cara

Masak agar-agar bersama air sehingga larut.

Masukkan gula. Kacau hingga larut. Angkat dan tapis.

Letak agar-agar semula di atas api. Masukkan susu cair, tepung kastard dan prun. Kacau sebati.

Apabila cukup masak, angkat dan tuang bancuhan ke dalam acuan yang disusun pic dan prun di sekelilingnya. Bekukan dan simpan di dalam peti sejuk.