Puding Pisang Bakar

Ramuan / Bahan

200 gm tepung gandum
3 biji telur
65 gm marjerin 65 gm krim keju
135 gm gula
Beberapa belahan pisang emas yang masak

Cara-cara

Pukul marjerin dengan gula hingga kembang, kemudian masukkan keju dan telur. Kemudian, pukul lagi hingga sebati. Ayak tepunggandum dan masukkan sedikit-sedikit hingga rata. Lengserkan loyang pembakar dengan sedikit marjerin. Setelah itu, aturkan di dalamnya dengan belahan-belahan pisang. Tuangkan adunan ke dalam loyang tadi dan lapiskan bahagian atasnya dengan belahan-belahan pisang. Kemudian bekarlah hingga cukup masak.