Puding Pelangi Rindu Madu

Ramuan / Bahan

1 kg pisang nangka
1 biji kelapa-ambil 3 cawan santan pekat
½ kg tepung pulut
1 sudu besar sagu biji 2 helai daun pandan
Gula dan garam secukup rasa
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara-cara

Tepung pulut dibancuh dan diuli seperti membuat adunan kuih koci. Bahagikan kepada empat adunan dan warnakan merah, hijau, kuning dan satu adunan lagi biarkan dengan warna asalnya. Bulat-bulatkan adunan tadi kemudian leperkan, anggaran cukup untuk membalut pisang. Kemudian celur pisang yang telah dibalut dengan tepung pulut tadi hingga masak atau hingga kelihatan tepung berkilat. Santan pekat direbus, campurkan gula, garam dan masukkan sagu biji yang telah dibersihkan dan daun pandan. Masak hingga mendidih dan kuahnya pekat. Kemudian curahkan di atas pisang berbalut pulut tadi.