Puding Pelangi

Ramuan / Bahan

1 kg pisang nangka
1 biji kelapa(ambil 3cawan santan pekat)
½ kg tepung pulut
1 sudu besar sagu biji 2 helai daun pandan
Gula & garam secukup rasa
Pewarna merah, hiaju & kuning.

Cara-cara

Tepung pulut dibancuh & diuli seperti membuat adunan kuih koci. Bahagikan kepada 4 adunan & warnakan menggunakan pewarna & satu lagi biarkan. Bulat-bulatkan adunan tadi, leperkan, anggaran
cukup untuk membuat pisang. Masukkan pisang ditengah adunan tadi & balut pisang. Buat hingga adunan habis. Celur pisang yang telah dibuat dengan tepung pulut tadi hingga masak / hingga kelihatan tepung berkilat. Santan pekat direbus, campurkan gula, garam & masukkan sagu biji yang telah dibersihkan & daun pandan. Masak hingga mendidih & kuah pekat,curahkan atas pisang yg berbalut pulut tadi.