Kek Batik Azura

Ramuan / Bahan

2 paket biskut marie (patah-patahkan)
1 cawan milo
1 cawan koko
1 ¾ cawan gula
1 buku butter
5 biji telur
½ cawan air

Cara-cara

patah-tahkan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.

masukkan milo, koko, gula, butter, 5 biji telur dan 1/2 cawan air ke dalam periuk. kacau hingga sebati. kemudian, didihkan di atas api. lebih baik jika dididihkan dengan cara double boiling supaya coklat tidak cepat hangit.

setelah mendidih, tuang coklat ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie. gaul coklat dan biskut marie hingga rata.

akhir sekali, masukkan biskut yg digaul rata bersama coklat ke dalam loyang. hempap2kan biskut itu sehingga mampat didalam loyang.

setelah mampat, biarkan kek sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam. akhir sekali, kek batik boleh lah dipotong dan di hidang.