Puding Oren

Ramuan / Bahan

1 liter susu segar
6 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula halus 1 biji oren (dihiris)
Sedikit perasa oren

Cara-cara

Campurkan tepung kastad dengan empat sudu besar susu segar. Ketepikan. Satukan gula halus dengan lebihan susu segar dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan susu dan perasa oren ke dalam adunan. Kacaukan hingga rata. Tuangkan adunan ini ke dalam acuan. Hiaskan dengan hirisan oren. Sejukkanhingga keras.