Puding Nata De Coco

Ramuan / Bahan

40 gm agar-agar
2 ½ cawan air
1 tin besar nata de coco
1 tin susu cair 2 ½ cawan gula (atau ikut manis yang disukai)
Sedikit pewarna merah dan hijau
Sedikit garam
Sedikit esen vanila

Cara-cara

Masak agar-agar yang telah direndam lembut dengan air hingga larut, masukkan gula dan didihkan lagi hingga gula hancur. Tuangkan susu cair dan perisakan dengan sedikit garam. Biarkan atas dapur hingga mendidih. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan warna merah dan satu lagi bewarna hijau. Sediakan acuan yang telah dibasahkan dengan air, taburkan nata de coco dan tuangkan sedikit agar-agar merah, biarkan keras. Cakar permukaannya dengan garpu tuangkan yang berwarna hijau dan taburkan nata de coco, buat begitu hingga agar-agar kedua warna habis. Bekukan. Keluarkan agar-agar dan hias dengan lebihan nata de coco.