Puding Mentega dan Croissant

Ramuan / Bahan

8 biji croissant
60 gm kismis
50 gm mentega Bahan-bahan inti:
4 biji telur
1 biji kuning telur
125 gm gula
500 ml krim segar

Cara-cara

Untuk membuat inti, pukul telur, kuning telur dan gula hingga kembang. Masukkan krim ke dalam periuk dan didihkan beberapa minit. Kemudian masukkan krim ke dalam telur yang dipukul tadi dan kacau hingga sebati. Kemudian potong croissant dua bahagian. Atur croissant di dalam acuan terrine dan taburkan kismis ke atasnya. Tuangkan adunan inti ke dalam acuan dan sapukan mentega di atasnya.