Puding Marmar

Ramuan / Bahan

2 liter air
200 gm gula kastor
20 gm agar-agar kering 150 gm tepung kastad Lady's choice
70 gm serbuk koko

Cara-cara

Satukan air, gula dan agar-agar di dalam periuk. Masak bahan-bahan tadi hingga mendidih. Masukkan tepung kastad dan kacau adunan tadi hingga menjadi pekat. Setelah masak, bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian. Campurkan satu bahagian tadi dengan serbuk koko dan kacau sebati. Mulakan menuang adunan kuning dahulu ke dalam acuan, diikuti dengan adunan koko secara bergilir-gilir hingga penuh. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.