Puding Marmar

Ramuan / Bahan

20 gm agar-agar
3 ½ cawan air
¾ gula
5 biji telur
1 tin susu cair ½ sudu kecil esen vanila
½ sudu kecil mentega
3 sudu besar serbuk koko, bancuh dengan sedikit air

Cara-cara

Masak agar-agar dengan air hingga hancur, kemudian masukkan gula. Masak lagi hingga kesemua bahan sebati. Kacau telur, susu cair, esen vanila dan mentega hingga rata. Masukkan ke dalam agar-agar. Kacau rata. Angkat adunan dan tapis. Masak adunan yang siap ditapis sekali lagi dengan api sederhana. Angkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dibiarkan pada warna asal manakala sebahagian lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko. Masak adunan yang mengandungi koko cuma sekali mendidih. Angkat. Tuangkan sesenduk adunan warna asal di tengah loyang di ikuti sesenduk warna koko. Lakukan proses ini sehingga kesemua adunan habis. Sejukkan dan hidangkan.