Kek Batik Ayu

Ramuan / Bahan

Bahan A;
5 biji telur
2 cawan milo
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh nescafe
¾ cawan air
Bahan B;
3 sudu besar mentega
250 gram biskut marie biasa

Cara-cara

1. Gaulkan semua bahan A dalam satu mangkuk
2. Panaskan mentega di dalam kuali sehingga cair.
3. Masukkan semua bahan A tadi di dalam kuali yang ada mentega
4. Kacau sehingga agak pekat.
5. Bila dah pekat tutup api dan patah-patah kan biskut marie ke dalam kuali. (seelok-eloknya dipatahkan 2)
6. Kacau biskut bersama bahan dalam kuali
7. sesudah sebati, masukkan bahan ke dalam bekas @ loyang dan ditekan-tekan.
8. Masukkan ke dalam peti ais supaya membeku.