Puding Lapis Warna

Ramuan / Bahan

Bahan A:
7 gm agar-agar serbuk
75 gm coklat masakan
500 ml air
50 gm gula kastor

Bahan B:
10.5 gm agar-agar serbuk 160 gm gula kastor
1100 gm santan pekat, daripada 1 ½ biji kelapa
3 biji kuning telur
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar majerin
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Masak bahan A hingga sebati. Masukkan dalam acuan persegi dan biarkan beku. Setelah beku potong anggaran 2 sm dan susun ke dalam acuan bulat memanjang. Masak bahan B hingga sebati kecuali kuning telur dan pewarna kuning telur. Kuning telur dipukul dahulu baru dimasukkan ke dalam agar-agar tadi. Masukkan juga pewarna kuning telur. Biarkan bahan B sejuk sedikit baru tuangkan ke dalam acuan yang telah disusun bahan A tadi.