Puding Lapis Santan

Ramuan / Bahan

3 biji kuning telur
2 camca besar tepung kastard
1 tin susu cair
1 camca kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning dan merah 1 camca besar tepung jagung
1 tahil agar-agar
6 gelas air
Sedikit garam
½ mangkuk pati santan

Cara-cara

Larutkan tepung jagung dengan sedikit air, masukkan tepung kastard dan susu cair. Agar-agar dimasak dengan 6 gelas air, setelah itu masukkan gula. Apabila agar-agar telah hancur, masukkan campuran tepung jagung tadi, esen vanila dan garam. Bahagikan kepada dua bahagian, satu diwarnakan merah dan satu lagi lagi diwarnakan kuning. Sediakan acuan, mula-mula masukkan dua senduk adunan merah ke dalam acuan, bila telah keras sedikit, tuangkan pula dua senduk adunan kuning. Buatlah begini sehingga selesai semuanya.
- Sejukkan dahulu acuan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam untuk mempercepatkan proses pembekuan.